Wednesday, June 15, 2011

15 Jun 2011

Hari ni 15 Jun, saya ingin berbahasa Melayu kerana jika saya berbahasa Inggeris saya masih mempunyai mempunyai kejahilan vocab yang mungkin menyebabkan kejahilan maksud yang ingin disampaikan, Jadi sebelum saya menunjukkan kejahilan diri saya, adalah lebih baik saya mengambil langkah selamat walaupun saya tahu bahasa melayu saya sama buruk dengan bahasa Inggeris saya. Mungkin saya lebih baik menulis/membaca nombor berbanding menulis/membaca ayat (betul ke ayat saya ni?)

1. Saya sibuk seperti biasa, sudah pertengahan Jun, saya mempunyai date line untuk paper conference. SV sudah mengingatkan supaya menghantar paper tu seberapa segera. Kata saya, saya cuba; kata sv, saya mesti. SV menyuruh menunjukkan model terbaru saya untuk dianalis hari Jumaat ini. Tanya SV, OK? Jawab saya, agak tak OK sebab saya masih jahil tentang model baru itu. Kata SV, mana boleh tak OK, mesti OK; Jawab saya OKlah.

2. Hari ini dengan semangat berkobar2 saya ingin membetulkan model saya tetapi internet di U*M tidak OK, begitu juga broadband yang saya bawa. Bahan rujukan untuk saya memahami model tersebut tidak dapat didownload. Semangat saya terbantut.

3. Semangat saya lagi terbantut, bila melihat kartun di utusan malaysia 15 Jun. Tidak kelakar, malah menyedihkan (not funny but so pathetic). Jauh di sudut hati, saya ingatkan saya agak jahil dalam agama tetapi saya terfikir rupa-rupanya ada lagi orang jahil dari saya dan tidak segan silu menunjukkan kejahilan dia. Saya mungkin marah kalau surat khabar asing yg menghina hukum Islam, mahu saya bakar kilang surat khabar tersebut. Tetapi saya sudah tidak tahu apa perasaan saya apabila utusan malaysia yang melakukannya walaupun saya bukan pembaca/peminat tegar utusan Malaysia. Dalam hati saya lagi, patutlah rugi juta2, tapi ini cuma kata hati saya yang telah dizahirkan di dalam blog. Mungkin saya patut kata, kita bakor!, kita bakor!. Mungkin perkataan Usop Wicha lebih lawak dari karikatur tersebut. Ada juga perasaan malu bagi saya bila utusan malaysia terutama pelukis karikatur tidak dapat membezakan 2 perkataan. Kata kawan saya; dia pelukis, bukan penulis jadi dia tidak faham bahasa, tapi kata saya bukan ke di bawah utusan malaysia ada penyunting dsb yg sepatutnya tahu 2 perkataan berbeza. Kalau utusan Malaysia tidak tahu perbezaan 2 perkataan tersebut yang selama ini telah berjuta2 kali dicetak (sehingga saya segan melatih anak sedara saya membaca menggunakan surat khabar)di muka hadapan surat khabar tersebut, sepatutnya ia bertukar menjadi utusan Rusia, uzbezkistan @ negara2 yg saya tidak paham bahasa mereka

Saya tidak pernah mencemarkan blog saya dengan perkataan yang kurang enak disebut tetapi hari ini 15 Jun dengan ilmu saya yang cetek mungkin ada kekhilafan juga ingin saya nyatakan bahawa rogol dan zina adalah dua perkataan yang berbeza dari segi bahasa dan maksud. Dari segi Islam mempunyai hukuman juga berbeza. Untuk hukuman dia sila cari sendiri, yg pasti karikatur itu pada pendapat saya agak jahil kerana rogol tidak semestinya memerlukan 4 saksi seperti yang dikatakan di dalam karikatur tersebut (sila cari rujukan sendiri kalau saya salah). Malas saya nak bercerita panjang, kalau saya bercerita panjang kadang lebih menunjukkan kejahilan saya sendiri. Oleh itu, untuk memahami maksud saya sila rujuk di sini

4. Segerhana hati saya pada 15 Jun kerana karikatur tersebut, mengingatkan saya malam ini gerhana bulan penuh @ sepatutnya saya katakan pagi esok. Oleh itu, saya mengingatkan diri saya yang jahil ini dan orang lain jika berjaga nak tengok gerhana bulan penuh @ mengambil gambar untuk menceritakan keajaiban ciptaan Allah @ ketakjuban diri sendiri kerana dapat mengambil gambar bulan tersebut pada keesokannya, jangan lupa solat gerhana dan solat2 sunat amalan lain. Untuk rujukan sila ke sini

5. Saya berharap saya mempunyai kekuatan dan dapat berjaga malam ini bukan kerana ingin melihat bulan gerhana tetapi supaya dapat diberi peluang solat gerhana & kerana juga model saya masih belum selesai. Saya masih perlu berusaha mengurangkan kejahilan saya tentang model tersebut dan berjumpa SV saya lusa. Harap SV saya akan berkata OK dan bukannya OK?.

Friday, June 3, 2011

ABILITY is what you are able to do
MOTIVATION determines what you do
ATTITUDE decides how well you do it


It is already June, again what else I can say I'm racing against time and the time left me so fast. So, I need to double up my effort and pray a lot. Full stop.